Kenapalah kita ni selalu sangat bersama-sama. Sejak dulu lagi, celik-celik mata muka awak je yang orang tengok. Macam-macam kita buat dulu. Seingat orang la, masa kita duduk kat Kota Tinggai masa dekat rumah Kuarters Hospital tu kita tak sekolah kan? Ape ek keje kita? ha! Orang ingat, kita penah amik Monopoly yang arwah mak sembunyikan dekat bilik dia, pastuh kita sembunyikkan pulak dekat pondok kat taman mainan. heheh. Pastuh, ni ibu cakap la, kita penah amik milo yang tin besar tuh pastuh kita main suap-suap dengan anak jiran sebelah. along, angah and adik dia, Apis. *,mane ntah diorang sekarang. Yang paling orang ingat pulak, Kita penah naik moto besar bercas elektrik yang ibu ngan ayah hadiahkan ke hospital. YA! menunggang motor tu ke hospital!. Kecik2 lagi dah tunjukkan ciri-ciri meminati moto berkuasa besar. Kita kena cari husband yang macam Engku Emran dengan Awie ni. Pfffttt. Tapi, tak jumpa-jumpa.. *sigh. Pastuh, orang ingat lagi, kalau hari minggu ibu tak keje, Kita selalu buat art and craft dengan ibu. Ibu belikan crayon and kita main lukis-lukis atas kertas. Takdepun, sisik ikan dari hasil ayah mancing ikan besar kita tampal atas kertas jadi kolaj ikan. Seronok kan mase tu, tak sekolah. Tak ada pape untuk difikirkan. Boleh lari-lari keliling umah tak pakai baju *cube bayangkan sekarang, lari2 tak pkai baju. ERrgghhh! Lagi satu benda! benda ni orang ingat sangat. Mase tu kita main depan rumah, main lari-lari. Pastuh tetiba awak amik batu besar awak lempar kat orang. Batu tu kene pipi orang tau! Belah kanan! sakit! Sampai sekarang orang tak tau kenapa awak lempar kat orang.. hahahah!
Pastu kita pindah JB, duk kat Taman Perling. Kita sekolah Tadika pon sama.Tadika Nuri.Pergh! tak tahula benda apa yang kita tak buat sama-sama. Mandi pon sama-sama. Makan pon sama-sama. Gi skolah pon sama. Tapi nasib baik tak sama kelas. Sebab awak tua setahun dari orang. Balik dari Tadika kita kena pergi umah Makcik Bibah. Rumah Baby sitter.Sebab ibu dengan ayah keja. Orang ingat lagi, awak suka minum milo, orang suke minum nespray. Pastuh Makcik Bibah tu penah rotan awak sebab awak gi dapur pastuh awak tengok water dispenser punya pili terbuka. Air melimpah ruah. Awak nak bagitahu makcik Bibah, tapi makcik Bibah rotan awak. Kalau orang jumpa makcik Bibah balik, orang nak rotan die!!Hahaha. Banyak kan benda yang kita buat kat Taman Perling, main journey-journey kat bawah longkang dengan anak jiran sebelah, Arshad. Pastuh main air takungan selepas hujan dekat padang mainan depan rumah, mengunjungi kedai buku baru ngan kedai buku lame kat belakang rumah, gi kedai uncle, g chop ah lek(Memang belakang and depan rumah kitorang dulu ada macam-macam!)Asyik membeli je dulu. Suka sangat g kedai. Mase kecik-kecik kita ni angkatan pisau cukur jugak rupanya.
Pastuh masuk sekolah rendah pon same jugak. Eish, memang hari-hari orang mengadap muka awak. Hehe. Tapi, orang ingat agi, mase orang masuk darjah satu, ibu ngan ayah tak tunggu sebab diorang keje. *biasalah kita kan survivor. Orang masa tuh tak tahu macam mana nak beli makanan kat kantin. *sebenarnya orang malu ngn pakcik kantin tuh. Pakcik tu kan kawan ayah, die suke kacau orang. Pastuh orang gi kat kelas awak, mase tuh Puan Siti Maizum tengah ajar awak. Orang ketuk pintu, pastuh orang cakap, " Cikgu, saya nak jumpa kakak saya" Pastu, awak ajar orang cara nak beli makanan dekat kantin. Sejak hari tuh, orang pandai membeli makanan dekat kantin. Bila dah reti beli, orang membesarlah dengan sihat dan kuat sehingga orang menjadi lebih besar dari awak. Banyak la benda yang awak ajar orang kat skolah rendah. Awak ajak orang main sukan. Ha! orang ingat lagi, masa awak darjah 6,Cikgu Olin suruh awak jaga Turtle kat makmal, bila awak da masuk skolah menengah orang pulak yang kena jaga. Pastu Cikgu Olin cakap ni keje turun temurun.
Mase skolah menengah kita terpisah kejap. Tapi kejap je lah. Kite jumpa balik! Minat kita sama masa skolah menengah. Kite suka baca majalah revolution. Kita suka main in-line skate ngan skate board. Pastuh kita suka Skuter! Kite meneroka banyak tempat dengan kenderaan dua roda tuh. Tapi, bila awak da masuk Form 4, kite dah tak selalu sama sangat. Sebab masa tuh awak da ada BF *teeheee.. Orang pon meneruskan hidup bersama kawan-kawan.
Pastuh masa umur awak 18 tahun, awak pergi belajar jauh. Dekat Sarawak. Lama kita pisah. jarang-jarang jumpa. Lebih-lebih lagi bila orang da belajar jauh jugak. Hari Raya je kita jumpa. Awak da banyak BF orang takdek jugek. *tiba-tiba. Tapi sekarang nih orang dah happy sebab awak dah ada dekat semenanjung. Dekat Shah Alam. Lebih dekat dengan family. Senang sikit kalau nak berjumpa nanti.

Ha! tengok.Betol Kan? Birthday pon nak share!

Kasut pon nak same

Nasib baik kuda tak share. Orang tak sanggup nak share kuda yang same dengan awak

Ni mase graduation tadika. Orang ingat peristiwa yang berlaku mase rehearsal. Nak orang ceritakan tak

Tengok, adik pon kita share!

Awak ade lagi mase birthday orang!

saya yang berlagak memakai bikini tuh manakala arai yang dalam pelampung. Sorang lagi tuh, pengunjung pantai
Orang sebenarnye saje je tulis panjang-panjang banyak-banyak untuk entri kali ni. Entri ni khas untuk awak. Orang sayang awak. Awak dah meningkat umur. Orang nak cakap Happy Birthday dekat awak. So, ermm. HAPPY BIRTHDAY!!
Orang nak jadi orang yang first cakap, sebab tuh orang post entri ni awal-awal.
Dearest Sister,
Raihana binti Sharir
I just want to say that I love you so much. I hope that you'll be happy on the day that u were born.
Selamat panjang umur dan murah rezeki. belajar rajin-rajin. Jangan nakal-nakal.
Semoga bertemu jodoh yang baik hendaknya.
Happy 22th Birthday Sister!
* mak is my lovely late grandmother, madam Zainab binti Omar. Passed away on March 10th, 2002
* Ibu is my mom, Puan Rahmah binti Atil